Anwar Tersinggung Laporan Media Proses Peralihan Kuasa PM

GEORGE TOWN – Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengakui tersinggung dengan cara penulisan laporan media yang terlalu memberikan keutamana kepada proses peralihan kuasa antara beliau dengan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Anwar berkata tumpuan kini seharusnya diberikan kepada usaha melaksanakan janji yang dibuat serta agenda perjuangan dalam Pakatan Harapan (PH) kepada rakyat, dan menurutnya beliau sendiri tidak pernah mengingati mempunyai percanggahan atau pertembungan dengan Dr. Mahathir berhubung soal peralihan kuasa seperti yang ditafsir oleh pihak luar.

“Saya kadang-kadang rasa tersinggung juga kerana dalam penulisan itu, soal penting adalah Mahathir untuk Anwar… soal peralihan kuasa dari Dr. Mahathir kepada saya ini menjadi masalah kepada banyak orang tetapi ia tidak jadi masalah kepada saya.

“Bagi saya apa yang penting adalah Pakatan Harapan itu tetap kepada landasannya menjaga demokrasi, menjaga kepentingan rakyat, banteras rasuah, dan elak daripada penyalahgunaan kuasa,” kata Anggota Parlimen Port Dickson itu dalam ucapan perasmian Wisma Parti Keadilan Rakyat Pulau Pinang di Bayan Baru sini hari ini.

Sementara itu, Anwar turut menafikan terdapat sebarang pepecahan di dalam Pakatan Harapan seperti mana yang ditafsir dalam laporan media setiap hari.

Katanya, beliau musykil dimana adanya perbedaan besar di dalam PKR kerana penjumpaannya dengan barisan pemimpin di beberapa negeri tidak mempunyai masalah sedemikian.