Kuota Haji Tambahan: Apa Jawapan Arab Saudi?

KUALA LUMPUR – Kerajaan Arab Saudi masih belum memberi jawapan mengenai permohonan kuota tambahan haji untuk Malaysia tahun ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof berkata, pihaknya masih menunggu sama ada permohonan 10,000 kuota tambahan itu diluluskan atau sebaliknya.

“Kuota belum lagi, kita masih menunggu daripada Kerajaan Arab Saudi,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen, di sini hari ini.

Mei lalu, Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Tabung Haji (Tabung Haji), Datuk Seri Zukri Samat berkata, Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad sudah mengutus surat rasmi kepada kerajaan Arab Saudi memohon kuota tambahan haji musim haji tahun ini.

Beliau berkata, permohonan itu bagi mendapatkan kuota tambahan sebanyak 10,000 bagi bakal haji. – UTUSAN ONLINE